Eksekutif Mengaku Tak Bersalah Sogok Polis

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang eksekutif pentadbiran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan memberi rasuah RM175,000 kepada Ketua Balai Polis Hulu Kelang, Cif Inspektor Zahirudin Baharum, Isnin lalu.

Anne Charmaine Skelchy, 41, yang beralamat di Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Tertuduh yang bekerja di syarikat swasta didakwa melakukan kesalahan itu di balai polis tersebut yang terletak di Ampang, dekat sini, pada pukul 5.50 petang, 28 Jun lalu.

Suapan itu didakwa diberikan sebagai dorongan untuk melepaskan rakannya, seorang pelajar warga Argentina, Nelson Dario Hurtado, 24, yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah berhubung satu laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ng Siew Wee mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh juga ditawarkan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan RM15,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan dikurangkan atas alasan rakan tertuduh yang akan menjadi penjamin tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu.

“Penjamin hanya tahu tertuduh akan didakwa pada petang semalam. Penjamin telah berusaha untuk mengumpulkan wang tetapi sehingga pagi ini, penjamin hanya mampu mengumpulkan RM2,500,” ujarnya.

Abu Bakar juga memaklumkan tertuduh yang belum berkahwin mempunyai seorang adik perempuan.

Mat Ghani kemudiannya menetapkan jaminan pada jumlah RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen pada 5 Ogos depan dan perbicaraan berjalan pada 8 hingga 12 November depan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan