3 Bulan Untuk Wakil Zakiah, Suami Selesai Kes Cerai

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pendamai yang dilantik dalam isu perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas dan suaminya Mohamed Yusof Taib diberi masa selama tiga bulan untuk mencari penyelesaian secara baik.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Ghazali Ahmad semalam, dan beliau menetapkan 29 September depan untuk mendengar keputusan dan laporan perbincangan itu.

Mereka yang dilantik menyertai jawatankuasa itu ialah anak saudara Zakiah, Affandi Yusoff dan Md Hairi Md Salleh iaitu sepupu kepada Mohamed Yusof.

Semasa mengesahkan pelantikan jawatankuasa itu, Ghazali memaklumkan akan mengeluarkan arahan bertulis kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk melantik seorang pegawai bagi bertindak sebagai pengerusi kepada jawatankuasa tersebut.

“Pengerusi jawatankuasa akan memanggil wakil dan menetapkan masa dan tempat yang sesuai untuk melakukan perbincangan bagi mencari penyelesaian,” tambahnya.

Ghazali juga berkata, wakil yang dilantik mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah pasangan itu tanpa berat sebelah.

Mereka juga boleh memanggil Zakiah, 43, dan Mohamed Yusof, 48, ataupun ahli keluarga yang lain untuk memberi keterangan dalam perbincangan tersebut.

“Bagaimanapun, peguam yang mewakili plaintif (Zakiah) tidak dibenarkan menyertai perbincangan. Mahkamah juga berhak memecat wakil jika tidak berpuas hati degan perjalanan kes dan melantik wakil baru,” tambahnya.

Ghazali juga memberitahu, jawatankuasa berkenaan perlu menyediakan laporan bagi kegunaan proses selanjutnya sekiranya penyelesaian secara baik dapat dicapai.

“Jika setuju bercerai, jawatankuasa perlu membincangkan tuntutan selepas cerai untuk direkodkan oleh mahkamah,” ujar Ghazali.

Peruntukkan untuk membentuk Jawatankuasa Pendamai ada dinyatakan mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang selaras dengan seksyen 47 enakmen sama.

Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan 999 memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik iaitu mengikut Seksyen 47 enakmen tersebut pada 13 Oktober 2008.

Pada prosiding itu, Zakiah hadir bersama peguam syarienya, Abdullah Anuar Sahri dan Affandi manakala Mohamed Yusof, 48, yang tidak diwakili peguam syarie membawa wakilnya.

Pasangan itu mendirikan rumahtangga kira-kira 16 tahun dahulu dan dikurniakan tiga cahaya mata.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan