Pekerja Kedai Jubin Digantung Sampai Mati Kerana Bunuh Peniaga Makanan

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang pekerja kedai jubin dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang peniaga makanan, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Teik Thai, 35, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan tiga rakan tertuduh sebagai saksi dalam kes itu.

Ong didakwa membunuh Choi Yu Ki, 20, dengan menggunakan senjata tajam di sebuah kedai kopi di No 17, Mukim 9, Pekan Teluk Kumbar, dekat sini pada pukul 10 malam, 6 April 2006.

Ong didakwa melakukan kesalahan itu, bersama empat rakannya yang masih bebas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati.

Ong diwakili peguam Karti Kumar manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azahar Mokhtar. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan