Pakar Bedah Saraf Kelahiran Malaysia Tidak Dibenar Ikat Jamin

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang bekas pakar bedah saraf kelahiran Malaysia, yang didakwa membunuh dua teman sosial wanita akibat ketoksikan kokain, tidak dibenar ikat jamin.

Hakim Megan Latham merumuskan bahawa ketagihan tidak terhingga Suresh Surendranath Nair terhadap kokain bermakna dia berkemungkinan melakukan kesalahan lebih serius jika dibenarkan ikat jamin, demikian menurut laporan The Australian Associated Press.

Suresh, 41, dituduh membunuh Victoria McIntyre, 23, pada Februari, tahun lepas dan Suellen Domingues Zuapa, 22, pada November di apartmen tertuduh di Teluk Elizabeth di timur Sydney.

Di Mahkamah Agung New South Wales pada Selasa, Hakim Latham berkata beliau tidak dapat menyifatkan kes jenayah bagi dakwaan membunuh itu sebagai sesuatu yang "kukuh". Beliau berkata sebelum tertuduh didakwa dengan dakwaan membunuh, dia telah diberikan ikat jamin terhadap kesalahan membekalkan kokain kepada seorang daripada wanita berkenaan.

Tetapi tertuduh ditahan semula selepas melanggar syarat-syarat ikat jamin itu apabila dia didapati bersama dengan kedua-dua teman sosial itu dan memiliki kokain. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan