Pembantu Rumah Bunuh Majikan Ditahan Selama Perkenan Sultan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang membunuh majikannya hampir dua tahun lepas, ditahan selama perkenan Sultan Pahang.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman ke atas remaja perempuan itu mengikut Seksyen 97 (2)(b) Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan dia berusia 15 tahun ketika melakukan kesalahan itu.

Mengikut Seksyen 97 seorang kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati dan akan dipenjarakan di satu tempat selagi mendapat perkenan sultan.

Akhtar kemudian mengarahkan remaja dari Pontianak, Kalimantan, Indonesia itu dipenjara di Kajang, namun secara berasingan dengan pesalah dewasa.

Remaja terbabit sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Miati Bakri, 69, antara 1.30 hingga 2.30 petang di No 3, Lorong Sungai Karang Maju 7 di sini pada 11 November 2008, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pada prosiding hari ini, peguam remaja tersebut, Raftfizi Zainal Abidin turut mengemukakan laporan psikologi daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dibuat pada April lepas untuk rekod mahkamah menunjukkan tahap kecergasan otak remaja terbabit adalah lebih rendah berbanding remaja normal.

Bercakap kepada pemberita, Raftfizi berkata beliau akan meminta sokongan Kedutaan Indonesia dalam membantu mempercepatkan tempoh hukuman remaja itu.

Katanya laporan perilaku remaja terbabit ketika di Sekolah Tunas Bakti, Marang, Terengganu akan diberi kepada pihak kedutaan untuk dinilai sebelum surat memohon keampunan diserahkan kepada Sultan Pahang.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh dan Heng Yeng Low. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan