Ahli Perniagaan Saman Syarikat Bekal Laman Judi, Akhbar

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pembekal laman perjudian, Teleplanet Sdn Bhd dan akhbar The China Press Berhad kerana mendakwa dirinya ditipu dengan iklan perkhidmatan perjudian berlesen secara online sehingga mengalami kerugian.

Chuah Yan Keng, 43, menuntut ganti rugi sebanyak RM411, 286.35 dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan Watson Peters & Mohd Fuad di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Yan Keng selaku plaintif menamakan Teleplanet sebagai defendan pertama dan diikuti akhbar tersebut.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa defendan pertama telah meminta defendan kedua untuk menyiarkan iklan yang mengandungi representasi mengenai barang atau perkhidmatan yang disediakannya, iaitu laman-laman perjudian dalam talian termasuk citi Net, Aastar Net dan SBO Net.

Plaintif seterusnya mendakwa, telah memasukkan sejumlah wang, iaitu RM150,000 ke dalam akuan defendan pertama untuk mengambil bahagian dalam perjudian tersebut dan diberikan kod laluan ke laman-laman perjudian bagi tujuan pertaruhan.

Dakwanya lagi, plaintif telah mengalami kerugian melibatkan jumlah yang sama dan membayar jumlah tersebut kepada defendan pertama.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa defendan pertama enggan membayar RM261,286.35 yang dimenanginya dalam perjudian online, seperti mana yang dijamin dalam representasi berkenaan.

Defendan kedua pula didakwa mengiklankan perkhidmatan itu atas alasan defendan pertama mempunyai lesen untuk berbuat demikian sedangkan setelah diselidik didapati defendan pertama tidak mempunyai lesen tersebut.

Selain itu, plaintif juga mendakwa defendan pertama membuat iklan itu untuk mengelirukan dan memperdayakan orang awam.

Defendan kedua pula didakwa gagal atau cuai untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah dalam mengelakkan orang awam daripada diperdaya.

Justeru itu, plaintif menuntut ganti rugi tersebut yang terdiri daripada ganti rugi am sebanyak RM150,000, ganti rugi tambahan RM261, 286.35, kos, faedah lapan peratus dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu deklarasi bahawa kontrak antara plaintif dan defendan pertama dibatalkan serta satu injunksi menghalang kedua-dua defendan daripada menyiarkan iklan yang sama.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan