9 Mengaku Salah Sebabkan Kematian Bapa Saudara

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada tertuduh yang mengaku salah menyebabkan kematian bapa saudara mereka, tiga tahun lalu di Mahkamah tinggi Shah Alam hari ini. Foto THE STAR oleh SAM THAM
Sebahagian daripada tertuduh yang mengaku salah menyebabkan kematian bapa saudara mereka, tiga tahun lalu di Mahkamah tinggi Shah Alam hari ini. Foto THE STAR oleh SAM THAM

SHAH ALAM: Seorang warganegara India menemui ajal selepas diserang sembilan anak saudaranya yang marah dengan perbuatan mangsa mencabul kehormatan adik perempuan mereka.

Meskipun diserang dengan pelbagai senjata berbahaya seperti parang, pisau, tukul dan batang besi serta topi keledar, mangsa, R.Praphukumar tidak menemui ajalnya serta-merta sebaliknya mati genap seminggu selepas kejadian.

Selepas tiga tahun kematiannya, hari ini, sembilan anak saudaranya, iaitu K.Bagavathy, 22, A.Poovendren, 21, S.Kumaraselvam, 22, T.C.Letchumanan, 31, G.James, 23, T.C.Anan Babu, 25, T.C.Rajanderan, 26, V.Arvindran, 24, dan T.C Raja Segaran, 26, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa.

Semua mereka mengaku bersalah atas tuduhan pindaan melakukan kesalahan itu dalam satu perhimpunan haram pada pukul 12.30 tengah malam, 3 Mac 2007, di hadapan restoran Tripple 8 Corner, nombor 559, Jalan SP2, Taman Segar Perdana, Cheras, dekat sini.

Pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu ditawarkan hari ini, selepas pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan tertuduh.

Semua tertuduh kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Siti Khadijah S Hassan Badjenid menetapkan Isnin ini sebagai tarikh untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Isa Hassim sementara barisan pembelaan dibarisi peguam-peguam Roy Gingkoi, K.A Ramu, S.S. Ruban, Joshua T.Sambanthan dan Krishnan Papoo.

Fakta menyatakan, kejadian berpunca selepas adik tertuduh mengadu mangsa yang berkahwin dengan salah seorang ibu saudara mereka telah menarik bajunya sehingga koyak sebelum memeluk dan mencium badannya.

Berang dengan tindakan itu, semua tertuduh berjumpa mangsa yang sedang makan di restoran tersebut untuk menyuruh dia meminta maaf.

Mangsa yang enggan berbuat demikian kemudiannya diserang sehingga parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang, dekat sini.

Mangsa disahkan mati pada 10 Mac 2007.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan