13 Julai Tarikh Pendengaran Bayaran Royalti Anuar Zain

Diterbitkan: Khamis, 24 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tarikh pendengaran bagi menentukan jumlah bayaran royalti penyanyi, Anuar Zain daripada syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound) akan ditetapkan pada 13 Julai depan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Nazri Yahya menetapkan tarikh itu pada prosiding dalam kamar semalam, selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anuar.

Bagaimanapun, tiada peguam daripada Syncrosound menyertai perjumpaan itu.

Ketika ditemui, Aizul Rohan berkata, mahkamah memerintahkan Syncrosound untuk mengemukakan senarai saksi pada tarikh akan datang.

“Kami pula akan memanggil tiga saksi termasuk Anuar dan saksi daripada syarikat yang mengedarkan album,” tambah Aizul Rohan.

Pada 14 Mei lalu, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berjaya dalam saman balas menuntut royalti penjualan albumnya daripada Syncrosound.

Bagaimanapun, jumlah bayaran royalti itu masih tidak ditentukan ekoran nilainya perlu ditafsirkan dahulu selepas pemenang Artis Lelaki Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2008 mengemukakan bukti berkaitan jumlah jualan albumnya.

Keputusan yang dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham itu turut memerintahkan Syncrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006.

Anuar memfailkan saman balasnya terhadap Syncrosound selepas disaman syarikat tersebut pada 21 April 2006 kerana mendakwa adik kepada penyanyi, Ziana Zain itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, tuntutan Syncrosound itu dibatalkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aisyah Ab. Rashid pada 27 Disember 2007.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan