Rayuan Saman Sivakumar Dakwa Dipukul Speaker Perak Ditolak

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap Speaker Perak Datuk R. Ganesan kerana dakwaan menyerang, dipukul dan salah penahanan.

Panel hakim tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K.N. Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail hari ini sebulat suara membatalkan rayuan Sivakumar dan mengarahkannya membayar kos RM20,000.

Sivakumar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September lepas yang membatalkan samannya atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri apa yang diputuskan oleh anggota DUN Perak di persidangan DUN pada 7 Mei lepas sejajar dengan Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan sama Anggota Dewan Undangan Negeri Tronoh itu.

Sivakumar mengambil tindakan undang-undang ekoran insiden 7 Mei lepas dan mendakwa semasa beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan sahnya menduduki kerusi beliau di persidangan itu, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan secara keras mengusirnya dari dewan itu atas arahan defendan.

Beliau memohon ganti rugi dan perintah injunksi bagi menghalang Ganesan atau agennya daripada menghalang beliau daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker.

Dalam perbicaraan pada Selasa, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan Dewan Undangan Negeri adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi uminiti.

Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.

Katanya pada Selasa, Dewan Undangan negeri telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.

Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan