Nenek 43 Tahun Didakwa Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 23 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang nenek berusia 43 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengedar dadah di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada Khamis lepas.

Harini Che Soh, dari Rantau Panjang, Kelantan yang juga merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai empat anak serta dua cucu, dituduh mengedar heroin seberat 83 gram di situ pada 6 pagi 17 Jun lpeas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Harini ketika pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Mohammad.

Wan Nor Aklima kemudian menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu dan tidak menawarkan sebarang ikat jamin. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan