Tian Chua Akan Merayu Terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Batu Tian Chua akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan kesalahannya kerana mencederakan seorang anggota polis.

Peguamnya, Ranjit Singh dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan itu akan difailkan awal minggu depan.

"Walaupun isu berhubung hukuman terhadap Tian Chua menjadi perdebatan umum (berhubung persoalan sama ada denda RM2,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua secara automatik boleh menyebabkan beliau tidak layak selaku Anggota Parlimen) permohonan untuk kebenaran merayu itu akan menjurus terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.

"Tian Chua mempunyai 14 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk mengemukakan permohonan kebenaran membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Justeru, permohonan itu akan difailkan minggu depan. Ranjit Singh juga berkata, berdasarkan Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan tindakan memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan akan memberi kesan terhadap perkara berhubung kehilangan kelayakan Tian Chua seperti yang didakwa, sehinggalah keputusan permohonan itu diputuskan.

"Bagiamanapun, kami harus tegaskan, bahawa kedudukan Tian Chua yang didenda RM2,000 tidak akan menyebabkan beliau gugur kelayakan sebagai Anggota Parlimen Batu," katanya.

Pada 22 Oktober lepas, Tian Chua yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 46, dipenjara enam bulan dan didenda RM3,000 oleh Majistret Mohd Faizi Che Abu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menuju ke bangunan Parlimen di sini pada 10.45 pagi, 11 Dis 2007.

Pada Khamis lepas, Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara dan menggantikan ia dengan denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Tian bertujuan supaya tiada pilihan raya kecil diadakan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan