Murugiah Tarik Balik Permohonan Semakan Kayveas Presiden PPP

Diterbitkan: Selasa, 22 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri T.Murugiah hari ini, menarik semula permohonan semakan kehakiman yang difailkannya bagi membatalkan perisytiharan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa Datuk M.Kayveas merupakan presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) yang sah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan Murugiah menjelaskan kos sebanyak RM3,000.

Keputusan itu dibuat di dalam kamar dan pihak media dimaklumkan mengenai keputusan itu menerusi peguam Mohana Krishnan yang bertindak bagi Murugiah.

Turut hadir ialah Peguam Kanan Persekutuan Nadia Tajuddin yang mewakili ROS manakala peguam Simon Sabapathy bertindak sebagai peguam pemerhati bagi PPP.

Murugiah memfailkan permohonan semakan itu pada 26 April lalu dengan menuntut sebuah perintah certiorari bagi membatalkan keputusan ROS bertarikh 26 Ogos tahun lalu.

Selain itu, beliau juga memohon perisytiharan bahawa keputusan itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan tidak sah.

Permohonan itu difailkan ekoran keputusan ROS yang mengesahkan Kayveas sebagai presiden PPP yang sah.

Selain itu, ROS juga memutuskan pelantikan Murugiah sebagai presiden pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 24 Mei 2009 sebagai tidak sah.

ROS juga menyifatkan pemecatan Murugiah daripada PPP dilakukan mengikut peruntukan dalam perlembagaan parti dan justeru itu ia adalah sah.

Oleh itu, Murugiah juga menuntut sebuah deklarasi bahawa ROS tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Pertubuhan untuk membuat sebarang keputusan mengenai kesahihan atau sebaliknya mesyuarat EGM parti tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan