Peniaga Buah Dipenjara 4 Tahun, 6 Sebatan

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga buah-buahan dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan termasuk dua tuduhan rompak berkumpulan, minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Harun Hashim, 34, dari Hulu Langat, Selangor bersama dua rakannya yang masih bebas, didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericsson model K770i dan wang tunai RM20 milik tukang masak, Muhamad Hairul Abdul Hamid, 17, yang nilai keseluruhannya RM250 di Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini pada 5 petang, 14 Jun lepas.

Bagi tuduhan kedua, Harun bersama dua rakannya yang masih bebas, didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis Nokia model 110i dan wang tunai RM10 milik tukang masak, Johairi Salleh, 17, yang nilai keseluruhannya RM150, di tempat dan pada waktu dan tarikh yang sama.

Bagi setiap kesalahan itu, dia dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Bagi tuduhan ketiga iaitu gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen yang sah pada 5.05 petang di tempat dan pada tarikh yang sama, Harun dihukum penjara dua bulan.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin mengarahkan ketiga-tiga hukuman dijalankan serentak berkuat kuasa dari tarikh Harun ditangkap pada 14 Jun lepas.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin sempat menasihat Harun supaya insaf dan tidak melakukan jenayah yang sama.

"Kamu dah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata pertama. Saya harap kamu betul-betul insaf serta mendapat pengajaran daripada hukuman yang dikenakan terhadap kamu," katanya.

Harun yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah memberikan hukuman yang ringan kepadanya dan menyatakan bahawa dia telah insaf atas kesalahan yang dilakukan.

Namun, Hakim Zainal Abidin sempat menegur sikap Harun yang senang mengucapkan kata insaf.

"Sudah berapa kali kamu mahu katakan pada mahkamah bahawa kamu telah insaf. Rasanya sudah empat atau lima kali kamu turun naik mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuk merompak pada 2004, tapi kamu masih tidak serik," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chew Zi Xian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan