Pemandu Teksi Hadapi Tuduhan Rogol, Cabul Empat Remaja

Diterbitkan: Isnin, 21 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang digelar "uncle" mengaku tidak bersalah di mahkamah berasingan hari ini terhadap tiga pertuduhan merogol dan enam pertuduhan mencabul empat remaja sejak dua tahun lepas.

Bagi pertuduhan merogol, Chin Hock Nam, 54, yang masih bujang dan tidak diwakili peguam, dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Ampang di sini, yang kemudiannya menetapkan 16 Ogos bagi menyebut semula tiga kes melibatkannya.

Dia didakwa merogol dua gadis berumur 15 tahun, masing-masingnnya pada 1.30 petang pada Ogos tahun lepas dan pada 1 petang 24 Mei lalu, di sebuah bilik di Taman Lembah Maju, Ampang dan mengulangi perbuatan itu terhadap seorang daripada gadis berkenaan pada 1 petang 27 Mei lalu di tempat yang sama.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan mencabul, Chin didakwa di dua Mahkamah Majistret Ampang secara berasingan.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada 3 petang pertengahan Februari dan Ogos tahun lepas di tempat yang sama.

Majistret Aida Mastura Mohamed Aman menetapkan 12 Julai ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.

Chin turut didakwa melakukan empat kesalahan menggunakan kekerasan untuk mencabul seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun, antara Oktober 2008 dan Mei tahun lepas di tempat yang sama.

Majistret Wan Karimah Wan Md Abdul Ghani menetapkan 23 Julai untuk sebutan semula kes.

Bagi keenam-enam pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan.

Chin tidak dibenarkan diikat jamin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan