4 Julai Tentukan Pemilik Bengkel Perlu Bela Diri Atau Sebaliknya

Diterbitkan: Ahad, 20 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai ini sama ada perlu memanggil seorang pemilik bengkel membela diri atas pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri tiga tahun lalu.

Hakim M Bakri Abd Majid memutuskan demikian setelah mendengar hujahan pihak pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah dan peguambela tertuduh, Karpal Singh.

Karpal mewakili Tor Kok Siong, 54, yang dituduh membuat tuntutan tersebut yang kesemuanya bernilai RM91,350.64 bagi tujuan penggantian kotak gear lima buah Perdana V6 antara November 2006 hingga Jun 2008, sedangkan kotak gear itu adalah yang asal dan tiada penggantian dilakukan.

Tor, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di sini menghadapi empat tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM72,230.73.

Mengikut fakta kes, Tor dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.

Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No.78528 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A. Rahim Jusoh pada Jun 2008.

Bagi tuduhan ketiga, Tor dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai yang sama pada November 2006.

Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK (Am/Kew), Zulkifly Isa pada November 2006.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Karpal sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mendapat satu dokumen penting membabitkan kes tersebut semasa kes berkenaan telah berjalan.

Menurutnya, dokumen yang bersabit dengan sesuatu kes perlu diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum sesuatu kes berjalan, bukannya semasa kes itu berlangsung.

Sehubungan itu, beliau juga meminta dokumen yang tidak dinyatakan isi kandungannya, ditolak oleh mahkamah.

April lalu, seorang lagi pemilik bengkel kereta dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memalsukan dokumen tuntutan berhubung penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Abd Karim membuat keputusan tersebut terhadap Choong Yuen Sang, 49, setelah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Pemilik bengkel di Chendering dekat sini itu didakwa memberi invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan satu set kotak gear transmisi automatik V6 bernilai RM19,119.91 untuk kereta bernombor pendaftaran TAK 415.

Invois itu didakwa diberikannya kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri, Hashim Abdul Rahman di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 2 Ogos 2007. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan