Pendakwaan Tutup Perbicaraan Kes Bunuh Syafiah Humaira

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan yang mengendalikan perbicaraan kes bunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari menutup kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas sembilan hari kes dibicarakan.

Difahamkan, ini merupakan perbicaraan kes bunuh yang paling cepat dan melibatkan 33 saksi pendakwaan termasuk lima remaja dalam usaha membuktikan prima facie terhadap tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil.

Mohd Fazli Azri, 28, seorang pemandu teksi didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari, 3 tahun 4 bulan pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Keterangan menyatakan Syafiah Humaira mati akibat kecederaan kepala dan organ dalaman yang disebabkan oleh objek tumpul.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Idham memberitahu, pihaknya menawarkan 22 saksi pendakwaan kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam Gurbachan Singh.

Gurbachan menyatakan hasrat memanggil dua saksi pendakwaan, iaitu emak tertuduh, Nor Haziah Yusof dan pegawai yang merakamkan percakapan beramaran tertuduh, Inspektor Noorsham Hanum Sharip.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 15 Julai ini untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan sama ada tertuduh perlu dipanggil membela diri atau tidak.

Terdahulu, Pegawai Penyiasat Cif Inspektor G.Mahesan, 30, diberi peluang memberi penjelasan mengapa beliau gagal menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Gurbachan.

“Ini merupakan kali pertama saya memberi keterangan di Mahkamah Tinggi sepanjang lapan tahun berkhidmat sebagai polis,” ujarnya yang merupakan saksi pendakwaan ke-33.

Berhubung kelewatan siasatan terhadap kedai jamu yang didakwa tempat tertuduh membeli ubat, beliau berkata, siasatannya menjurus kepada padang bola dan bukannya kedai ubat tersebut.

Saksi yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor menjalankan siasatan di Kedai Aisyah Herbs Shop di Batang Kali pada Ahad lalu.

“Saya berpendapat siasatan ke atas kedai masih wajar dilakukan walaupun perbicaraan telah dijalankan,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan