Lima Lelaki Dituduh Culik Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh menahan secara salah seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bulan lepas bagi mendapatkan wang tebusan RM120,000 daripada bapa mangsa.

Mohd Shahir Axma Abdul Rahim, 27, Mohd Khairul Faizi Mohd Yassin, 27, Mohd Fazali Abdul Kudus, 22, Shamsul Amin Razali, 27, dan Noriman Ahmad, 20, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Nirwana, Batang Tiga di sini, pada 3.30 petang 31 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang tidak dibenarkan diikat jamin.

Majistret Muzila Mohamed Arsad menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi Pendakwa Raya memohon agar kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Shahir Axma dari Tanjung Minyak di sini, Mohd Fazali dari Simpang Pertang, Negeri Sembilan dan Shamsul Amin dari Simpang Durian, Durian Tipus Negeri Sembilan, diwakili peguam Zamri Idrus manakala Noriman dari Bertam Ulu di sini diwakili peguam Sekar Palaniandy sementara Mohd Khairul, seorang anggota tentera dari Taman Merdeka di sini, tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dijalankan Salwa Mhd Asrar.

Sebelum ini akhbar melaporkan, mengenai kanak-kanak yang dibebaskan dengan selamat di Batang Tiga, selepas bapanya memberi wang tebusan RM120,000 kepada kumpulan lelaki yang menculik anaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan