Jangan Senang-Senang Rasuah Orang - Hakim

Diterbitkan: Jumaat, 18 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Sesyen di sini Mat Ghani Abdullah hari ini, memberi peringatan kepada seorang warga Indonesia supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang negara ini.

“Di Malaysia bukan seperti di Indonesia. Jangan senang-senang mahu rasuah orang. Beritahu kawan-kawan jangan rasuah orang,” katanya semasa menghukum tertuduh, Rahem kerana memberi rasuah kepada seorang anggota polis. Rahem didakwa memberi suapan RM100 kepada Konstable Mohd Zuraimie Hisham Mat Noor di hadapan kedai serbaneka 7E, nombor 53, Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang, dekat sini, pada pukul 5 petang, 13 Jun lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Mohd Zuraimie daripada Pasukan Gerakan Am Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang, supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam usaha meringankan hukuman, Rahem, 30, memohon simpati mahkamah atas alasan mempunyai anak yang sakit.

“Saya bekerja sebagai tukang sapu di lebuh raya dengan pendapatan RM28 sehari,” katanya sambil menambah mahu dihantar pulang ke negara asal.

Selepas mempertimbangkan rayuan itu, Mat Ghani memerintahkan Rahem dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan