Ameng Tidak Sihat, Kes Dadah Disebut Semula 1Julai - Berita Mahkamah | mStar

Ameng Tidak Sihat, Kes Dadah Disebut Semula 1Julai

Diterbitkan: Khamis, 17 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Ameng, penyanyi kumpulan Spring yang didakwa atas kesalahan penyalah gunaan dadah jenis ganja akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini pada 1 Julai ini.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 41, sepatutnya menjalani perbicaraan kesnya hari ini.

Ameng bagaimanapun gagal hadir kerana 'tidak sihat', menurut peguamnya, Kamarulzaman Abdul Rahman.

Pada 12 Mei lalu, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas.

Dia diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan