Analisis Tunjuk Tiada Kesan Bahan Mudah Terbakar: Ahli Kimia

Diterbitkan: Selasa, 15 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen yang mendengar kes lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang didakwa cuba melakukan khianat dan menceroboh universiti itu, hari ini diberitahu bahawa hasil analisis oleh Jabatan Kimia, menunjukkan tiada kesan bahan mudah terbakar ditemui.

Ahli kimia Mohd Fauzi Ghazali, menjelaskan antara barang yang dianalisis adalah sarung tangan getah, seutas jam tangan, sebentuk cincin, baju-t, seluar panjang, tali pinggang dan beg sandang.

Mohd Fauzi, 37, berkata, pemeriksaan yang dilakukan terhadap kesemua barangan yang dijadikan eksibit itu menunjukkan tiada kewujudan 'hidrokarbon' atau bahan mudah terbakar berdasarkan baunya telah hilang.

Ketika ditanya apakah kategori hidrokarbon itu, beliau menjelaskan petrol adalah satu daripadanya.

"Kehilangan bau petrol itu disebabkan berlaku proses pemeruapan kerana telah terdedah kepada udara dalam tempoh yang lama.

"Ketika saya menerima sampel kesemua barang itu pada 7 Disember tahun lepas daripada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Najeeb Mohd Ezram, tiada bau yang dikesan," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin.

Katanya, hidrokarbon adalah sejenis bahan yang mudah meruap dan apabila ia meruap sepenuhnya, kesan hidrokarbon tidak akan wujud walaupun dibungkus dengan baik.

Mohd Fauzi yang bertugas di bahagian Forensik Jabatan Kimia, memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pertama dalam kes lima pelajar dari Fakulti Akademi Pengajian Islam yang didakwa bersama-sama cuba melakukan khianat dengan api terhadap bangunan itu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Lima pelajar itu ialah Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 23.

Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kelima-lima pelajar itu turut didakwa melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding dewan utama fakulti itu, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu utama dewan fakulti itu kira-kira 4 pagi, 24 Jun, 2009.

Mohd Fauzi berkata pihaknya membuat analisis secepat mungkin selepas menerima bahan sampel yang dikemukakan pada 7 Dis dan menyiapkan laporan analisis itu pada 22 Disember.

Ketika ditanya sama ada analisis yang itu dilakukan berdasarkan ujian yang boleh memberi jawapan tepat, beliau berkata analisis dibuat berdasarkan pengalaman, pengamatan dan ujian-ujian lain yang sama dengan kes ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan