Penahanan Ahli Perniagaan Mengikut Undang-Undang Pencegahan Sah - Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Isnin, 14 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perintah tahanan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah undang-undang pencegahan masih sah meskipun jika wujud ketakteraturan atau ketidakpatuhan prosedur oleh polis semasa penyiasatan bagi penahanan seseorang tahanan, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara bersetuju bahawa sebarang kecacatan semasa siasatan polis tidak boleh dipertimbangkan sebagai asas bagi membebaskan diri daripada undang-undang pencegahan.

Ini kerana perintah tahanan yang dikeluarkan KDN melangkaui apa-apa pertimbangan lain dan mana-mana ketakteraturan dalam penyiasatan polis tidak menjejaskan kesahan perintah tahanan, kata Hakim Abdull Hamid dalam penghakiman sembilan muka surat.

Keputusan itu dibuat dalam kes rayuan seorang ahli perniagaan L. Rajanderan, yang mahu mahkamah membatalkan perintan tahanan terhadapnya yang dikeluarkan oleh KDN mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), akibat ketidakpatuhan prosedur oleh polis.

Rajanderan, 45, menyatakan bahawa perintah tahanannya selama dua tahun di Pusat Pemulihan Simpang Renggam di Johor yang dikeluarkan KDN tidak sah kerana penangkapannya oleh polis sebelum itu dilakukan dengan tidak betul oleh pegawai berkenaan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas). Mahkamah menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi semasa menolak permohonan writ habeas corpus Rajanderan untuk memohon pembebasan dari pusat pemulihan itu.

Rajanderan ditahan kerana terlibat dalam penyeludupan dadah dan penahanannya berkuatkuasa pada 9 April tahun lepas.

Panel hakim itu menolak permohonan peguam Rajanderan, Datuk N. Sivanathan untuk merujuk kes "Mohd Faizal Haris v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & lain-lain", yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Abdull Hamid berkata dalam undang-undang kes, yang menyatakan bahawa satu writ habeas corpus mestilah hanya ditujukan kepada perintah tahanan semasa meskipun jika penahanan tahanan sebelum itu tidak mengikut aturan, adalah satu undang-undang yang baik.

"Mahkamah tidak mementingkan tentang kekaburan, kecukupan, kerelevanan alasan penahanan yang menjadi lingkungan kepada amalan subjektif mengikut budi bicara Menteri di bawah beberapa undang-undang penahanan eksekutif kecuali jika dibuktikan wujud mala fide pada pihaknya," kata Abdull Hamid.

Beliau berkata meskipun responden iaitu timbalan menteri dalam negeri, superintenden pusat pemulihan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia tidak mengemukakan afidavit pegawai yang menahan bagi menyangkal hujah Rajanderan bahawa terdapat ketidakpatuhan, ia tidak mencacatkan perintah tahanan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan