Mahkamah Syariah Isytihar Pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie Izette Sah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengisytiharkan pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette A Samad sebagai sah dan memerintahkan pernikahan itu didaftarkan hari ini.

Selasa lalu, pasangan itu memfailkan permohonan supaya pernikahan mereka diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai, dan Rujuk Wilayah Persekutuan serta perintah lain yang difikirkan wajar.

Sebelum ini, Hakim Syarie Mohd Radzi Abd Latif telah berjumpa dengan pasangan itu dalam prosiding tertutup bersama peguam syarie mereka dan tiga abang Zizie, yang mana dua daripadanya adalah saksi perkahwinan dan seorang lagi bertindak sebagai wali.

Afidavit yang diikrarkan Bung Moktar, 51, dan Zizie, 32, pada Jumaat lalu menyatakan pernikahan mereka di rumah pada 16 Disember tahun lalu adalah sah menurut hukum syarak.

Pasangan itu juga menyatakan pernikahan mereka masih belum didaftarkan di mana-mana Pejabat Agama Islam.

Pada 20 April lalu, Bung Moktar diperintahkan menjalani hukuman penjara selama sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

Beliau dibenarkan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini.

Beliau kini dijamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Zizie pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

Pelakon drama Aduhai Esah itu dan tiga abangnya juga didenda RM1,000 setiap seorang atau penjara enam bulan bagi kesalahan bersubahat dengan Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan