Kes Syafiah Humaira: Kesan DNA Mangsa Ditemui Pada Cadar & Bantal - Ahli Kimia - Berita Mahkamah | mStar

Kes Syafiah Humaira: Kesan DNA Mangsa Ditemui Pada Cadar & Bantal - Ahli Kimia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Analisis yang dijalankan pegawai sains dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati terdapat kesan darah pada kasut bola sebelah kiri kepunyaan pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil yang dibicarakan atas tuduhan membunuh Syafiah Humaira Sahari.

Ketika memberi keterangan selaku saksi pendakwaan ke-22, I.Sasitaran berkata, kesan darah turut ditemui pada cadar tilam dan sarung bantal (dirampas dari rumah tertuduh) serta pada kemeja-t kanak-kanak.

Bagaimanapun, Sasitaran, 29, menambah, ujiam Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap calitan daripada kesan darah di kasut bola tidak memberikan sebarang profil DNA.

“Melalui pemeriksaan awal, kesan yang menunjukkan kehadiran darah boleh dikesan, tetapi tidak semua akan memberi profil DNA.

“Ini boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti gangguan benda-benda asing termasuk kotoran,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Hanim Abd Rashid.

Berhubung penemuan analisa profil DNA pada cadar dan sarung bantal, beliau berkata, profil tersebut didapati berpadanan dengan spesimen darah Syafiah Humaira, 3 tahun 4 bulan.

Saksi pendakwaan ke-23, Mazniwati Mohamed, 32, pengurus Syarikat Gelombang Harapan Sdn Bhd, sebuah syarikat menyediakan dan menguruskan teksi mengesahkan tertuduh menyewa teksi yang bernombor pendaftaran HWC 4228.

Ketika Timbalan Pendakwa Raya Zureen Elina Mohd Dom meminta saksi mengecam penyewa teksi itu, Mazniwati pada mulanya memberitahu mahkamah individu tersebut seperti tidak kelihatan di mahkamah.

Bagaimanapun Mazniwati kemudiannya memohon maaf dan memberitahu individu itu sebenarnya berada di dalam kandang tertuduh.

“Saya keliru dengan orang yang berada di belakang kerana wajah hampir serupa,” katanya merujuk kepada salah seorang anggota keluarga tertuduh yang duduk di galeri awam mahkamah.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Jika sabit kesalahan, dia yang diwakili peguam Gurbachan Singh boleh dihukum mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki akan bersambung Isnin depan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan