Syafiah Humaira Ditinggalkan Berseorangan - Berita Mahkamah | mStar

Syafiah Humaira Ditinggalkan Berseorangan

Diterbitkan: Khamis, 10 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamil ketika hadir memberi keterangan terhadap anaknya di Mahkamah Tinggi. Foto KK SHAM/THE STAR
Jamil ketika hadir memberi keterangan terhadap anaknya di Mahkamah Tinggi. Foto KK SHAM/THE STAR

SHAH ALAM: Syafiah Humaira Sahari, kanak-kanak yang mati dibunuh telah ditinggalkan keseorangan di rumah tertuduh, Mohd Fazli Azri Jamil dalam keadaan pintu masuk rumah tidak berkunci.

Perkara ini didedahkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini oleh bapa tertuduh, Jamil Modin, 53, seorang penjaga kolam ikan selaku saksi pendakwaan ke-18.

Menurutnya, semasa itu dia baru sampai ke rumah pada pukul 1 petang, 25 Februari lalu dan melihat Syafiah Humaira yang dipanggil ‘Pia’ sedang tidur di ruang tamu.

“Dia (Pia) seorang. Saya tidak tahu Fazli (gelaran tertuduh) di mana. Dia tidur di atas tilam nipis,” katanya semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani.

Jamil menambah, dia terus tidur kerana kerjanya di Sungai Choh, dekat sini bermula pada pukul 8 malam dan berakhir pukul 8 pagi keesokan harinya.

Saksi dikejutkan pada pukul 7.30 malam dan diberitahu mengenai berita kematian Syafiah Humaira, 3 tahun 4 bulan.

“Saya terkejut kerana tidak duga ia berlaku. Saya tanya Fazli kenapa dan dia jawab tidak sengaja benda ini berlaku,” katanya.

Ketika disoal peguam Gurbachan Singh mengenai peribadi tertuduh, Jamil memberitahu anaknya sangat sayang dan tidak pernah mendera mahupun memukul Syafiah Humaira.

“Semasa saya diberitahu Syafiah Humaira telah meninggal dunia, Fazli menangis,” katanya.

Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob, 30, pula memberitahu beliau merampas sehelai cadar warna biru kuning bercorak bunga dan sehelai sarung bantal bergambar Garfield dari rumah tertuduh.

“Cadar dan sarung bantal mempunyai kesan muntah,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Tempat Kejadian.

Turut dirampas ialah sehelai kemeja-t putih yang mempunyai kesan muntah. Kemeja-t itu dirampas dari tempat duduk teksi tertuduh.

Mohd Fazli Azri, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Jika sabit kesalahan, pemandu teksi itu boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain Idham, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom.

Perbicaraan yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan