Tengku Fakhry Tarik Balik Saman Isu Kereta Bentley

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan mengenai pemilikan kereta Bentley Brooklands yang bernilai S$706,880 (RM1.6 juta) antara putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan kekandanya Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, diselesaikan secara aman hari ini selepas Tengku Muhammad Fakhry menarik balik saman pemulanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof yang mendengar perkara itu di kamarnya mengenepikan saman tersebut dan menetapkan supaya Tengku Muhammad Fakhry membayar RM5,000 sebagai kos guaman kepada Tengku Muhammad Faris.

Mahkamah pada mulanya sudah bersedia untuk mendengar permohonan oleh Tengku Muhammad Faris bagi mengenepikan saman berkenaan hari ini, namun permohonan itu menjadi akademik setelah saman pemula dibatalkan oleh mahkamah.

Tengku Muhammad Faris diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Datuk Mohd Haaziq Pillay dan P.Vadivu mewakili Tengku Muhammad Fakry.

Mohd Haaziq berkata, beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik saman itu petang semalam memandangkan kereta tersebut yang ditempatkan di Istana Telipot di Kota Baharu, yang merupakan kediaman rasmi Tengku Mahkota, sudah dikembalikan ke Istana Mahkota di Kubang Kerian, Kota Baharu.

Tengku Muhammad Fakhry menfailkan saman pemula pada 9 September lepas, yang menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, yang antara lain menuntut satu deklarasi bahawa kereta berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 itu adalah miliknya.

Beliau turut menuntut satu deklarasi bahawa beliau memperolehi hak sepenuhnya terhadap kereta itu dan penahanan kereta itu oleh Tengku Muhammad Faris adalah tidak sah.

Dalam satu afidavit sokongan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, semua urusniaga berkaitan jual beli kereta itu pada September 2008 dibuat antara beliau dan pengedar kereta itu, Malayan Motors.

Beliau berkata, kereta itu dihantar kepada Sultan Kelantan pada 24 September 2008 dan didaftar di bawah nama sultan, dan sejak itu kereta tersebut menjadi milik eksklusifnya sepanjang masa untuk kegunaan beliau di Istana Mahkota dan juga di kediamannya di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pada 18 Julai 2009 semasa berada di luar negara, Tengku Muhammad Faris menerusi ejen atau pekerja, dan tanpa pengetahuan mahupun kebenaran beliau, mengambil kereta itu dari kediamannya di Dua Residency lalu dibawa ke Istana Mahkota.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau mendapati bahawa kereta itu berada di Istana Telipot, di Kota Baharu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan