Empat Remaja Selamat Daripada Tali Gantung

Diterbitkan: Rabu, 9 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Empat remaja terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang remaja yang mati dalam satu pergaduhan, empat tahun lalu.

Semua mereka yang masih dibawah umur semasa kejadian didakwa berlaku, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Pada penghakimannya, Hakim Mohd Yazid Mustafa berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan yang dihadapi remaja terbabit, selain berlaku percanggahan pada keterangan saksi pendakwaan dan pakar patologi.

“Pakar patologi mengatakan sebab kematian mangsa ialah kecederaan disebabkan alatan tumpul. Saksi pendakwaan hanya menyatakan mereka melihat remaja terbabit menumbuk mangsa.

“Dalam kes ini juga, saksi pendakwaan memberitahu ada seorang lelaki didakwa memukul mangsa dengan menggunakan kayu. Bagaimanapun, tiada seorang pun saksi yang dapat mengecam remaja yang dituduh sebagai lelaki terbabit,” kata Mohd Yazid.

Remaja yang kini berusia dalam lingkungan 19 dan 22 tahun didakwa sebagai ahli perhimpunan haram di mana salah seorang daripada mereka didakwa membunuh Chong Gui Rong, 16, pada jam 6.30 petang, 29 September 2006.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Sekolah Kebangsaan Taman Rakan, Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini.

Semasa kejadian itu, semua mereka berusia antara 16 dan 17 tahun.

Mohd Yazid juga berkata, beliau tidak boleh menjatuhkan hukuman bagi kesalahan berhimpun secara haram memandangkan pertuduhan asal, iaitu membunuh tidak dapat dibuktikan pihak pendakwaan.

Selepas mendengar keputusan itu, semua remaja tersebut senyum dan memeluk ahli keluarga yang berada di mahkamah serta berterima kasih kepada peguam masing-masing.

Barisan pembelaan diwakili peguam Ariff Azami Hussein, Salim Bashir, Jagdish Kaur dan James Georgen manakala Timbalan Pendakwa Raya Yong Leou Shin mewakili pihak pendakwaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan