Dua Lelaki Dihukum Penjara 12 Tahun, Rotan Kerana Miliki 3,920 Pil Khayal

Diterbitkan: Selasa, 8 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua penganggur masing-masing dihukum penjara 12 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan memiliki 3,920 biji pil jenis methamphetamine seberat 65.98 gram di sini, tiga tahun lepas.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Azuwan Mohd Zain, 24 dan Mohd Redzuan Che Yasin, 27, kedua-dua dari sini, selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu memiliki dadah tersebut.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman ati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah memiliki pil khayal itu di Kampung Belakang, di belakang Balai Polis Kok Lanas, dekat sini, pada pukul 6.55 petang, 13 Mac 2007.

Atas tuduhan pilihan, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob manakala Mohd Azuwan diwakili oleh peguam Muhammad Hasif Hasan dan Mohd Redzuan oleh Zamri Mat Nawang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan