Saksi Lihat Kesan Dicucuh Api Pada Syafiah Humaira

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Fazli Azri (tengah) dituduh membunuh Syafiah Humaira. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN / THE STAR.
Mohd Fazli Azri (tengah) dituduh membunuh Syafiah Humaira. Foto IQMAL HAQIM ROSMAN / THE STAR.

SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa dia melihat kesan akibat dicucuh api pada kaki Syafiah Humaira Sahari selepas dijaga seorang pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil yang dibicarakan atas kesalahan membunuh kanak-kanak tersebut.

Siti Nurhafifa Aziz, 19, yang berpangkat emak saudara kepada Syafiah Humaira berkata, kesan itu dilihat pada bahagian antara lutut dan betis anak saudaranya.

Selain itu, saksi pendakwaan kelima juga memberitahu, kesan cedera turut kelihatan semasa kali pertama tertuduh yang dipanggil ‘Abang Mat’ mengambil Syafiah Humaira selama seminggu pada cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu.

“Selepas Syafiah Humaira dihantar balik, dia kuat makan. Saya juga jumpa garisan luka yang panjang di belakang badan dia,” kata saksi semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid.

Saksi yang merupakan seorang pelajar kolej juga memberitahu, kali terakhir dia melihat Syafiah Humaira ialah semasa dia (Siti Nurhafifa) dan kakaknya, Siti Nurhanim (emak Syafiah Humaira) dan Abang Mat keluar makan pada waktu tengah hari, 25 Februari lalu.

Menurutnya lagi, dia dihantar pulang ke rumah selepas itu tetapi Abang Mat enggan membenarkan dia membawa mangsa, Syafiah Humaira pulang atas alasan ingin dibuat teman semasa menghantar Siti Nurhanim ke tempat kerja.

“Reaksi Pia (nama manja Syafiah Humaira) ialah dia tidak mahu ikut (Abang Mat). Dia seperti hendak menangis,” katanya.

Siti Nurhafifa juga memberitahu, berita kematian Syafiah Humairah diterima menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada kakaknya (ibu mangsa) pada jam 12 tengah malam, 25 Februari lalu.

“Kakak SMS kata Pia dah tak ada. Saya balas Pia ke mana dan kakak jawab Pia sudah meninggal dunia. Saya menangis dan kejutkan emak (Azizah Bodin) serta ayah (Aziz Sahar).

“Emak nak pengsan tapi dia telefon kakak dan tanya Pia di mana. Emak tak percaya (yang Pia telah meninggal). Emak ambil baju-baju Pia dan peluk,” katanya.

Suara Siti Nurhafifa juga tersekat-sekat dan mengesat air mata semasa disoal jika Syafiah Humaira manja dengannya.

“Pia manja dengan saya bila neneknya tak ada. Saya biasa beri dia makan,” jawabnya.

Dalam kes ini, Mohd Fazli Azri, 28, dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak, di Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Tertuduh yang diwakili peguam Gurbachan Singh berhadapan dengan hukuman mati mandatori jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, saksi pendakwaan pertama Koperal Mohd Sofian Ahmad, 46, yang bertugas di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu memberitahu, dia menerima maklumat daripada pihak Hospital Kuala Kubu Bharu bahawa terdapat dua lelaki menghantar mayat kanak-kanak perempuan ke hospital.

“Kanak-kanak itu dikatakan jatuh dari motosikal dan dua lelaki akan ke pejabat trafik untuk membuat laporan. Bagaimanapun, tiada laporan dibuat,” katanya.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan bersambung esok.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan