Lelaki Bebas Tuduhan Edar 30,674 Gram Kanabis

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki daripada pertuduhan mengedar 30,674 gram dadah jenis kanabis yang ditemui dalam but kereta dipandunya, tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohamad Fairus Omar, 41, yang diwakili peguam Rusli Zain, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Saya tidak ada alasan untuk tidak mempercayai pembelaan tertuduh bahawa dia, pada bila-bila masa, tidak pernah membuka but kereta itu, dan seterusnya mendapati tertuduh tidak ada pengetahuan, penjagaan dan milikan ke atas beg berisi dadah itu.

"Keseluruhannya, mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah pada kes pendakwaan, dan oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Mohamad Fairus kemudian dilihat tersenyum lega dan terus keluar dari kandang tertuduh sebelum dipeluk anggota keluarga dan rakan-rakannya di galeri awam.

Mohamad Fairus yang sebelum kejadian membantu ibunya berniaga warung makan, didakwa melakukan kesalahan itu di KM 428.4 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur, pada 10.05 pagi, 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin memanggil 16 saksi manakala pembelaan mengemukakan dua saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan