Graduan UiTM Dipenjara Setahun Dan Didenda Kerana Buang Bayi - Berita Mahkamah | mStar

Graduan UiTM Dipenjara Setahun Dan Didenda Kerana Buang Bayi

Diterbitkan: Isnin, 7 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang graduan universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang graduan Universiti Teknoloji Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu.

Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.

Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.

"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampung yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.

Katanya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.

Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.

Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan