Kes Liwat Anwar Ibrahim Tangguh 14 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 14 Julai ini selepas peguam utamanya, Karpal Singh memfailkan notis usul untuk mendapatkan semua dokumen berhubung pemeriksaan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis usul itu bertujuan mendapatkan perintah supaya pihak pendakwaan membekalkan dokumen yang disediakan saksi kedua pendakwaan, Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Khairul Nizam Hassan dan Dr Siew Sheue Feng serta keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful di hospital tersebut.

Permohonan turut melibatkan kelulusan akademik, profesional dan pengalaman tiga doktor itu yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.

Dokumen-dokumen lain ialah nota-nota klinikal, laporan, spesimen, nota catatan, surat-menyurat, penulisan, pemerhatian doktor, borang penderaan seks dan peralatan penderaan seks berkaitan kes liwat itu.

Ketika ditemui, Karpal memberitahu, pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia, Dr David Lawrence Noel Wells mengalami kesukaran untuk membantu pihak pembelaan disebabkan ketiadaan dokumen-dokumen itu.

Turut difailkan hari ini ialah afidavit yang diikrarkan Dr David dan Anwar bagi menyokong permohonan notis usul itu.

“Mahkamah akan mendengar hujahan berkaitan notis usul pada 18 Jun ini,” kata Karpal.

Terdahulu, pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden meneruskan pemeriksaan utama terhadap Mohd Razali berhubung keterangannya semalam bahawa dubur Mohd Saiful adalah moist (lembab).

Ditanya apa yang menyebabkan keadaan itu berlaku, Mohd Razali, 37, berkata: “Ia boleh berlaku kerana beberapa kemungkinan seperti kawasan tersebut ada bersentuhan dengan bahan berasaskan air atau penggunaan gel pelincir semasa pemeriksaan.”

Mohd Razali juga menambah, beliau menggunakan gel nicotine pada alat protoskop (yang digunakan untuk memeriksa bahagian dubur Mohd Saiful) kerana ia lebih nipis berbanding gel pelincir KY Jelly.

Saksi juga memberitahu, Mohd Saiful, pada bila-bila masa tidak menyatakan apa-apa mengenai kemasukkan bahan plastik di kawasan punggungnya.

Anwar, 65, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibicarakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Perbicaraan didengar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan