Hujahan Kes Penjual Tebu Bunuh Pembantu Rumah 29 Jun

Diterbitkan: Jumaat, 4 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 29 Jun untuk mendengar hujahan kes seorang penjual air tebu yang dituduh membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani pada Oktober tahun lepas.

Hakim Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan yang diwakili peguam V.Rajehgopal memaklumkan bahawa pihaknya menutup kes setelah anak guamnya A. Murugan, 36, selesai memberi keterangan.

Pihak pendakwaan diwakili tiga Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Siti Fatimah Yahya sementara peguam T.Vijayandran bertindak sebagai peguam pemerhati Kedutaan Indonesia.

Pada 7 Mei lepas, Hakim Mohd Yazid memerintahkan Murugan membela diri atas tuduhan membunuh Muntik, 36, di rumahnya di No 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 Oktober dan 20 Oktober tahun lepas setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 18 Januari lepas, pihak pendakwaan memanggil seramai 50 saksi memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi. Murugan yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 3 November tahun lepas, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kes itu mendapat perhatian umum apabila Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Oktober lepas, setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan