Mahkamah Persekutuan Tangguh Penghakiman Kes Rayuan UEM

Diterbitkan: Khamis, 3 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan penghakiman terhadap rayuan yang dikemukakan UEM (Group) Bhd berhubung pertikaian mengenai pegangan saham dengan rakan kongsinya dari Singapura, Genisys Integrated Engineers Pte Ltd (GIE), melibatkan RM47.2 juta.

Hakim Datuk Seri Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Yusof, menangguhkan keputusan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.

UEM, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkannya membeli kesemua 49 peratus saham milik syarikat kejuruteraan GIE itu dalam syarikat usaha sama mereka bagi mengelak satu kebuntuan.

UEM mahu Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan mereka menggulung syarikat usaha sama itu yang ditubuhkan pada 1993.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas mendapati wujud tindakan penindasan oleh GIE tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Peguam UEM Malik Imtiaz Sarwar memberitahu mahkamah hari ini bahawa Mahkamah Rayuan bertindak salah dalam memerintahkan UEM membeli UEM Genisys kerana ia gagal menghargai keterangan yang diajukan di Mahkamah Tinggi.

Malik berkata Mahkamah Rayuan itu tidak menangani dengan kesimpulan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti saksi GIE, Seow Boon Cheng, menyebabkannya gagal memahami keadaan isu itu.

"Kesimpulan hakim perbicaraan mengenai kekurangan kredibiliti saksi itu sudah dijangkakan dalam pemerhatian hakim, dalam hal-hal bercanggah yang jelas dan tidak konsisten," katanya.

Peguam GIE, Gideon Tan, bagaimanapun, berkata hanya satu cara untuk mendapat keadilan iaitu UEM, sebagai pegangan saham majoriti, membeli pegangan minoriti.

Katanya Mahkamah Rayuan sedar bahawa UEM dan GIE tidak mungkin dapat bekerjasama dalam syarikat usaha sama itu dan hubungan mereka terputus tanpa diperbaiki lagi.

UEM, sebuah syarikat konglomerat dalam pembangunan infrastruktur negara, memegang 51 peratus ekuiti dalam UEM Genisys manakala GIE pula memilki 49 peratus.

Pada 7 November, 2008, Mahkamah Rayuan mengiktiraf wujud kebuntuan antara dua rakan kongsi itu dan mengarahkan UEM membeli kesemua 49 peratus saham GIE dalam UEM Genisys pada nilai yang ditentukan berdasarkan akaun audit 1998.

Urusan litigasi bermula pada 2000 dan 2001 selepas projek usaha sama itu menjadi 'tawar' pada pertengahan 1998 selepas hubungan antara dua syarikat itu terputus. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan