Mahkamah Tetap 3 Julai Dengar Bantahan Karyawan Terhadap Bekas Anggota

Diterbitkan: Selasa, 1 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 3 Julai depan untuk mendengar hujahan bantahan awal Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) terhadap saman pemula yang difailkan seniman veteran Datuk Abdol Azez Satta dan empat yang lain berhubung pemecatan sebagai ahli dan perlembagaan Karyawan.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Zaharudeen Harun yang mewakili lima plaintif dan peguam S. Karthigesan yang mewakili persatuan itu dan tiga defendan lain.

Karthigesan memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan supaya kedua-dua pihak berhujah selepas pihaknya membangkitkan bantahan awal itu kerana prosedur yang dibangkitkan plaintif adalah salah dan permohonan itu perlu dibuat dengan semakan kehakiman.

Pada 6 Julai tahun lalu, Abdol Azez atau lebih dikenali Aziz Sattar, anggota karyawan yang juga Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Syed Mohamad AlHabshi, bekas pengurus karyawan M. Mohamed Nissar a/l K Mohamed Haneef dan Nur Azian Baharin serta Salmiah Mohammad Said memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa pindaan perlembagaan pada bahagian 6 minit mesyuarat agung tahunan kali ke-III pada 29 Mac 2002 di Musictheque, Hotel Istana adalah tidak sah dan terbatal.

Kelima-lima plaintif menamakan Persatuan Karyawan Malaysia sebagai defendan pertama, bekas Presiden Karyawan Othman Samsuddin (dikenali sebagai Othman Hafsham), Presiden Karyawan Frederick John Fernandez (ketika itu Timbalan Presiden) dan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dinamakan sebagai defendan kedua hingga keempat.

Kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa sebarang keputusan yang dibuat Karyawan termasuk pemecatan Aziz Sattar dan M. Mohamed Nissar daripada menganggotai Karyawan, adalah tidak sah dan terbatal.

Mereka juga menuntut kesemua mesyuarat agung yang diadakan oleh Karyawan selepas 29 Mac 2002 adalah tidak sah dan memohon secara alternatifnya sekiranya mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif ini, satu badan bertindak sementara akan dilantik di kalangan anggota Karyawan yang layak bagi tujuan mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan ahli jawatankuasa yang baru.

Karyawan dan defendan lain yang membantah permohonan itu pula mendakwa plaintif sepatutnya membawa tindakan itu secara semakan kehakiman di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 memandangkan tindakan (saman) itu dibuat kerana kesemua plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Sementara itu, di dalam afidavit jawapan yang difailkan 23 Feb lalu, Frederick mendakwa terdapat penyalahgunaan proses mahkamah dan tindakan plantif adalah remeh-temeh, menyusahkan dan dibuat secara mala fide (berniat jahat) ke atasnya dan defendan lain.

Beliau juga mendakwa pindaan di dalam perlembagaan Karyawan adalah sah dan tiada sebarang penipuan yang dilakukan oleh defendan untuk menipu Pendaftar Jabatan Pendaftaran Malaysia malah perkara itu telah disiasat oleh pihak pendaftar terbabit dan didapati tiada sebarang penyelewangan dan/atau penipuan yang telah dilakukan oleh persatuan, Othman dan dirinya sendiri.

Frederick turut mendakwa pemecatan jawatan Aziz Sattar terpaksa dilakukan dan dipersetujui anggota jawatankuasa Karyawan kerana pelakon veteran yang banyak membintangi filem komedi bersama Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu, telah mencemar nama baik Karyawan dan pemecatan itu mengikut syarat yang dinyatakan di dalam perlembagaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan