Wanita Bebas Tuduhan Edar Dadah, Teman Lelaki Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang penganggur wanita dan memerintahkan teman lelakinya membela diri terhadap tuduhan mengedar dadah tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Yaacob Md Sam membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ong Kooi Lan, 49.

Dalam penghakimannya, Yaacob berkata teman lelaki wanita itu, Oo Boon Khim, 53, seorang penganggur, mempunyai pengetahuan dan kawalan terhadap dadah berkenaan.

Katanya menurut keterangan saksi, Ong tidak berada di rumah sejak seminggu sebelum serbuan dilakukan kerana berselisih faham dengan Oo.

"Keterangan saksi menunjukkan Ong hanya pulang ke rumah tersebut kira-kira sejam sebelum serbuan dibuat. Tetapi Oo telah dibuktikan berada di rumah itu pada masa sebelum dan selepas serbuan dibuat.

"Oleh itu, dadah berkenaan bukan milik secara bersama oleh tertuduh pertama dan tertuduh kedua. Mahkamah membebaskan dan melepaskan Ong dan memerintahkan hanya Oo untuk membela diri," katanya.

Yaacob menetapkan 22 Jun ini bagi tertuduh membela diri.

Oo dan Ong, sebelum ini didakwa secara bersama mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines seberat 1,465 gram pada 26 Januari 2007, mengikut Sekyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Oo didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 1180.3 gram dan 284.7 gram Monoacetylmorphines pada 26 Januari 2007 di No 23, Lintang Batu Maung, Taman Iping, Bayan Lepas di sini pada pukul 9.50 malam.

Peguam tertuduh, R.S.N Rayer berkata Oo akan membuat keterangan bersumpah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan