Perbicaraan Kes Babitkan Penyanyi Kumpulan Spring Ditetapkan 17, 18 Jun

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan tarikh perbicaraan yang membabitkan penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng terhadap tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya, pada 17 dan 18 Jun ini.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Raya Nurul Ashiqin Zulkifli menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada peguam Kamarulzaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng.

Nurul Ashiqin juga memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengemukakan empat orang saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Pada 12 Mei lalu, Ameng, 41, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 3.45 petang, 2 April lepas.

Beliau diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin bagi tuduhan itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Bourgenvilla" dan "Sampai Hati" itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan