Penganggur Cuba Langgar Polis Dipenjara Lima Tahun

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Seysen di sini selepas mengaku cuba melanggar seorang anggota polis pada sekatan jalan di Taman Desa Cheras, dua tahun lepas.

Hakim Ahmad Kamar Jamaludin memerintahkan Yong Kok Cheng, 27, menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman bagi dua pertuduhan lain yang dihadapinya iaitu berkawan dengan orang yang membawa senjata api dan memiliki kad pengenalan orang lain.

Yong, yang berasal dari Johor Baru, mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Lans Koperal Mohd Azhar Sa'at yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras pada 9.45 pagi, 12 April 2008.

Mengikut kertas pertuduhan, Yong cuba membunuh dengan niat anggota polis berkenaan dengan keretanya dan dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua, Yong mengaku berada bersama-sama Chan Fook Sang, 32, yang memiliki sepucuk pistol jenis Revolver dan 11 butir peluru hidup.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan enam sebatan mengikut Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Yong dipenjara tiga bulan kerana memiliki kad pengenalan diri yang bukan kepunyaannya tanpa kuasa yang sah.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Kamar menyoal Yong sama ada dia menyesal atau tidak.

Yong yang menundukkan mukanya, menjawab dengan perlahan: "Saya menyesal."

"Kalau menyesal, kenapa buat jenayah ini? Kamu juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau iaitu mencuri kenderaan pada 2001 dan telah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan di Johor Baru. Jadi, saya harap keputusan yang mahkamah berikan ini dapat memberi pengajaran kepada kamu," kata hakim itu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala Yong tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan