Mahkamah Benar Bapa Semak Penahanan Anak Di Bawah Ordinan Darurat

Diterbitkan: Rabu, 26 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini membenarkan permohonan seorang bapa untuk membatalkan perintah penangkapan dan penahanan anak lelakinya mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana didakwa terlibat dalam kes samun dan curi motosikal.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh turut membenarkan permohonan M. Panir Sevam, 54, mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus untuk membebaskan dan melepaskan anaknya yang berumur 18 tahun itu daripada sekatan dan syarat sekatan yang telah dan akan dilaksanakan.

Mohd Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas tiada bantahan ke atas permohonan itu (semakan kehakiman) daripada Peguam Kanan Persekutuan Mohd Zin Ismail yang mewakli Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Peguam Daniel Albert yang mewakili pemohon, memberitahu pemberita di luar mahkamah bahawa kesemua pihak perlu memfailkan afidavit masing-masing sebelum perbicaraan berlangsung.

Katanya, kes itu akan disebut 28 Jun di hadapan Timbalan Pendaftar.

Panir Sevam memfailkan permohonan itu pada 19 April lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau memohon satu deklarasi bahawa perintah di bawah Seksyen 4A(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 bertarikh 11 Mac lalu oleh responden pertama (Timbalan Menteri Dalam Negeri) adalah batal, tidak sah dan tidak berkuatkuasa.

Panir Selvam juga memohon certiorari untuk membatalkan perintah tersebut dan perintah mandamus terhadap kesemua responden untuk melepaskan dan membebaskan anaknya yang ditahan ketika berusia 17 tahun daripada sekatan dan syarat sekatan yang telah dilaksanakan dan/atau akan terus dilaksanakan melalui perintah ordinan tersebut serta menuntut gantirugi.

Di dalam penyata permohonannya, Panir Selvam mendakwa anaknya ditahan pada 21 Disember tahun lalu dan dibawa ke balai polis Beranang sebelum dipindahkan di balai polis Kajang keesokannya.

Beliau mendakwa anaknya telah dipukul semasa dalam tahanan dan pada 26 Disember tahun lalu anaknya direman sekali lagi sebelum dibawa ke balai polis Rawang. Pada 5 Januari lalu, anaknya dibawa pula ke balai polis Seremban dan seterusnya pada 12 Januari, di bawa pula ke balai polis Kajang untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 60 hari.

Bermula dari hari itu (12 Januari lalu), anaknya ditahan di Pusat Tahanan Semenyih dan pada 11 Mac dibawa semula ke balai polis Kajang dan di situ, Panir Selvam dimaklumkan bahawa anaknya dikenakan satu perintah sekatan.

Pemohon mendakwa ordinan tersebut tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak/orang belum dewasa berdasarkan Akta Hak Kanak-kanak 2001. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan