Pelajar Ugut Bunuh Dihantar Ke Henry Gurney

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar hari ini diperintahkan menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mengugut membunuh gurunya bulan lepas.

Majistret Juvana Suhaily Samsudin memerintahkan hukuman terhadap pesalah juvana berusia 17 tahun itu bermula hari ini dan turut memerintahkan ibu juvana tersebut dikenakan bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun.

Beliau juga membenarkan ibunya melawat pesalah itu sebulan sekali di sekolah berkenaan. "Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu," kata Suhaily kepada ibunya yang tidak menunjukkan reaksi semasa menjatuhkan hukuman.

Remaja itu didakwa mengugut dengan berkata: "Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?" kepada Rosli Abdul Aziz, 54, di tempat letak motosikal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di sini pada jam 8.30 pagi, 21 April lalu.

Pesalah juvana itu telah dibuang sekolah kerana masalah disiplin sebelum kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan