Jurulatih Kungfu Didakwa Lakukan Pemerasan Terhadap Pembeli Emas

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih kungfu hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membantu tiga lelaki termasuk dua anggota polis melakukan pemerasan terhadap seorang pembeli emas terpakai lebih RM100,000, lima tahun lalu.

Chan Chee Leong, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Hafizza Sauni.

Chan didakwa membantu Lans Koperal Abdul Rahman Mat, Lans Koperal Mohamad Fitri Junaidi dan Tony Anak Nambong Sim, 32, untuk merancang melakukan pemerasan sebanyak RM102,645 terhadap seorang pembeli emas terpakai, Wan Kei Chin, 41, di kedai Big Sum Watch and Jewelerry Trading di No 180, Jalan Tun Sambathan, Brickfields pada 3.30 petang, 29 Ogos 2005.

Untuk kesalahan itu Chan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan.

Terdahulu peguam A.Krishnaveni yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan Chan mempunyai tiga orang anak yang masih belajar.

Hafizza kemudiannya membenarkan Chan diikat jamin dengan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan