Penyelia Spa Didakwa Rasuah Pegawai JAIS RM3,000

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penyelia spa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, di atas tuduhan memberi suapan RM3,000 kepada seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), agar membebaskan seorang pekerja perempuan di bawah seliaannya yang ditangkap kerana berkhalawat.

Ng Heng Goon, 26, yang berasal dari Pulau Pinang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa memberi suapan itu kepada Sharom Maarof, pegawai Hal Ehwal Islam yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Jais, di lobi Bangunan Sultan Idris Shah, Menara Selatan, Seksyen 5 di sini, kira-kira pukul 11.40 malam pada 15 Mei lepas.

Heng Goon didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Ng Siew Wee mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dengan syarat tambahan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Adzly Ab. Manas yang mewakili Heng Goon bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM4,000 dengan alasan anak guamnya yang berpendapatan RM2,000 sebulan perlu membantu keluarga menyara persekolahan dua adiknya selain telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang siasatan.

Hakim Mat Ghani Abdullah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 11 Okt depan dan menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan bagi penyerahan dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan