Penganggur Dipenjara Empat tahun Dan Tiga Sebatan Kerana Meragut

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan meragut dan memiliki senjata berbahaya pada Selasa lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan selepas Hairulnizal Zainal, 28, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu. Hairulnizal dari Kajang mengaku meragut beg tangan milik seorang kerani yang mengandungi beg duit berwarna hijau, kad pengenalan, wang tunai RM10, barang-barang peribadi dan lesen memandu mangsa di hadapan bangunan F&N, Cheras pada 7.20 pagi, 18 Mei lepas.

Dia juga mengaku memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau Rambo sepanjang 25 sentimeter di bulatan Sungai Besi, Cheras pada 7.30 pagi pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan dan pertuduhan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak mewakili peguam merayu hukuman ringan kerana telah insaf.

Pegawai Pendakwa ASP R. Rukumar pula meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh mempunyai lima rekod kesalahan lampau.

"Tertuduh tidak insaf langsung walaupun ada lima sabitan lampau. Kejadian ragut juga semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini dengan adanya hukuman yang berat, diharap dapat menyampaikan mesej dan pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, malahan kepada masyarakat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan