Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Benarkan Elia Suhana Lawat Sultan Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lepas.

Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lepas adalah tidak sepatutnya memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Pada 4 April lepas, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal bagi melawat suaminya ke 13 Jun.

Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei.

Pada 21 Mac lepas, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini.

Sultan Kelantan didakwa telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lepas.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Bagaimanapun Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan iaitu Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya dan pada 21 Feb lalu mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab.

Elia Suhana diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan manakala peguam Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Raja Perempuan Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan