Ibu Tunggal Dipenjara Lapan Tahun Dera Pembantu Rumah

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu tunggal kepada dua anak dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia dengan menggunakan air panas, gunting dan tukul besi, tahun lepas.

Hau Yuan Tyng, 44, dijatuhi hukuman penjara empat tahun masing-masing bagi dua pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan teruk ke atas Siti Hajar Sadli, 34, dan enam terhadap pertuduhan ketiga, iaitu mencederakan dengan menggunakan gunting.

Hakim S.M Komathy Suppiah mengarahkan hukuman empat tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan enam bulan penjara untuk pertuduhan ketiga dijalankan serentak, manakala hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan kedua dijalankan secara berasingan, berkuatkuasa hari ini.

Beliau turut mengarahkan Hau membayar pampasan RM5,000 kepada Siti Hajar yang perlu dijelaskan dengan secepat mungkin.

Ekoran rayuan peguam bela M.Manoharan, Hakim Komathy membenarkan kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan Hau di Mahkamah Tinggi selesai.

Hau, yang kini bekerja sebagai ejen hartanah, melakukan kesalahan itu di rumahnya di Lanai Kiara Condominium, Jalan Kiara 3, Mont Kiara antara Februari dan Jun 2009.

Hakim Komathy dalam penghakimannya berkata, beberapa keping gambar dan laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah jelas menunjukkan kecederaan yang teruk dan parah dialami Siti Hajar, iaitu di bahagian badan dan kepala dan ianya berlaku secara berpanjangan.

Beliau juga berkata, tertuduh bersikap seperti tidak menunjukkan risau dan insaf terhadap perbuatannya dengan tidak memberi sebarang rawatan yang diperlukan oleh pembantu rumahnya itu.

Malah katanya, tertuduh bukannya menggunakan tangan atau anggota lain untuk melakukan perbuatan itu tetapi menggunakan air panas, tukul besi dan gunting untuk mencederakan mangsa.

"Sepanjang tempoh mangsa bekerja dengan tertuduh iaitu selama dua tahun, mangsa bukan sahaja telah menjaga kebajikan anaknya yang ada masalah autisme tetapi turut menjaga segala keperluan keluarga tertuduh.

"Tertuduh juga tidak menyediakan kebajikan atau keperluan mangsa seperti tempat tidur yang sempurna," kata hakim.

Katanya, mahkamah tidak boleh mengurangkan hukuman dengan memberikan hukuman bon hanya kerana alasan tertuduh perlu menjaga anaknya yang memerlukan perhatian.

"Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah sangat serius dan tidak berperikemanusaian, dan sekiranya seseorang majikan tidak berpuas hati dengan cara seseorang pembantu itu bekerja, hantarnya semula ke agensi,"katanya.

Siti Hajar yang turut hadir di mahkamah memberitahu pemberita beliau gembira dengan keputusan mahkamah dalam memberikan keadilan terhadap dirinya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff dan Anslem Charles Fernandis. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan