Kes Saman Angkasawan Negara Dibatal - Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membatalkan permohonan kes tuntutan saman lebih RM90,000 terhadap angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie oleh bekas pembantu peribadinya.

Hakim Madihah Harullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak plaintif, Norlina Nordin, kini seorang ahli perniagaan, gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini.

Norlina memfailkan saman pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa angkasawan itu, sebagai defendan, telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi RM92,751.85.

Wanita itu mendakwa sebanyak RM47,751.85 telah digunakan bagi tujuan promosi dan upah perkhidmatan RM45,000 sepanjang tiga bulan dia berkhidmat dengan defendan.

Turut dituntut ialah ganti rugi am akibat kehilangan keuntungan satu program televisyen yang kononnya akan menjadikan Dr Sheikh Muszaphar sebagai 'ikon pendidikan'.

Pada prosiding pertama kes saman itu hari ini, peguam Norlina, Kaharuddin Harun, memohon supaya kes itu ditangguhkan kerana beliau tidak sihat.

Bagaimanapun, setelah mendapati pihak plantif gagal memfailkan beberapa dokumen seperi kenyataan saksi, Madihah memutuskan untuk membatalkan kes tersebut.

Selain, itu Madihah turut menolak tuntutan balas sebanyak RM25,000 oleh Dr Sheikh Muszaphar terhadap Norlina.

Kaharuddin, yang dihubungi pemberita, berkata beliau akan membuat permohonan (saman) baru selepas ini.

Peguam Dzaki Ezhar Bahar, yang mewakili Dr Sheikh Muszaphar, pula memberitahu anak guamnya tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Florida, Amerika Syarikat, atas urusan perniagaan dan akan hanya pulang esok.

Bagaimanapun, katanya anak guamnnya telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan