Edar Dadah, Dua Sahabat Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua sahabat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 921 gram, hampir lima tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menjatuhkan hukuman ke atas Sharizan Khajis, 32, dan Junaidi Johan, 26, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata selepas menimbang dan mengambil kira keterangan semua saksi dan hujahan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti kes terhadap kedua-dua tertuduh tanpa sebarang keraguan.

"Oleh itu, tiada hukuman lain yang saya boleh berikan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Sharizan, yang bekerja sebagai penghantar surat, manakala Junaidi sebagai pemandu, didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.45 malam, 3 Okt 2005, di hadapan rumah bernombor 11687, Kampung Delek Baru, Klang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Rosal Azimin dan Ghazali Taib.

Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan seramai enam saksi dan dua saksi pembelaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan