Tiga Sahabat Dipenjara 7 Tahun Sebabkan Kematian Seorang Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga sahabat, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian seorang lelaki berpunca daripada tindakan mangsa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu salah seorang tertuduh, empat tahun lepas.

Hakim Dr Badariah Sahamid menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh, S.Kumaran, 27, N.Viknesh, 25, dan G.Muniandy, 25, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan Kumaran, seorang mekanik menjalani hukuman berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac 2007 manakala Viknesh, pembantu kedai alat ganti dan Muniandy, pekerja kilang, diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 26 Mac 2007.

Mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kematian seorang penganggur S.Vijaya Kumar, 28, di Jalan Tangki, Kampung Berembang, Pelabuhan Klang, Klang, kira-kira pukul 12.30 pagi pada 28 Januari 2006.

Pertuduhan terhadap mereka sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan bunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka yang pada mulanya mengaku tidak bersalah bagaimanapun menukar pengakuan selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin menawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Terdahulu, peguam K.Viknesvaran yang mewakili Kumaran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guamnya dengan alasan kejadian berlaku disebabkan provokasi yang dilakukan oleh mangsa terhadap Kumaran.

"Mangsa telah memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu Kumaran menyebabkan anak guam saya marah sehingga berlaku pertengkaran antara mereka yang membawa kepada pergaduhan sehingga menyebabkan kematian mangsa," katanya.

Peguam K.Renuka yang mewakili Viknesh juga memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa semasa kejadian anak guamnya dalam keadaan mabuk dan tanpa sedar telah memukul mangsa sehingga mangsa jatuh.

Peguam K.A.Ramu yang mewakili Muniandy turut memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas anak guamnya dengan alasan Muniandy telah menyesal dan insaf atas perbuatannya.

Bagaimanapun, Zainal Azwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dan berbentuk pengajaran bagi mencerminkan keseriusan kes itu memandangkan satu nyawa telah melayang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan