Dua Syarikat Penerbangan Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Pengawal atur pesaingan Australia mula mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan terhadap dua lagi syarikat penerbangan yang didakwa telah menetapkan harga pengangkutan udara.

Air New Zealand dan Japan Airlines International merupakan syarikat penerbangan yang ke 14 dan 15 akan didakwa ke mahkamah atas tuduhan menetapkan harga dalam industri kargo udara, demikian menurut satu kenyataan Pesuruhjaya Pesaingan dan Pengguna Australia (ACCC).

Kedua-dua syarikat penerbangan itu didakwa, bahawa antara 2002 dan 2006, telah menjalin persefahaman dengan syarikat penerbangan kargo udara antarabangsa lain yang mempunyai tujuan atau kesan menetapkan harga surcaj bahan bakar dan surcaj keselamatan yang dikenakan ke atas kargo udara oleh pesawat masing-masing dan syarikat-syarikat penerbangan lain.

"ACCC mendakwa bahawa penentuan atau persefahaman itu dicapai di Singapura, Hong Kong dan Jepun bagi mengenakan surcaj bahan bakar ke atas kargo yang berasal dari negara-negara itu," kata ACCC.

Pesuruhjaya pengguna itu menuntut perisytiharan, injunksi melegakan, hukuman denda dan kos.

Perbicaraan telah dijadualkan pada 10 Jun di Mahkamah Persekutuan.

ACCC sebelum ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Singapore Airlines Cargo, Cathay Pacific Airways, Emirates, PT Garuda Indonesia, Thai Airways International, Korean Air Lines, Malaysian Airline System Bhd dan anak syarikat penuhnya, Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan