Pengarah Syarikat Didakwa Pindah Saham RM1.3 Juta Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meluluskan pemindahan saham syarikat bernilai RM1.3 juta tanpa kebenaran pemilik saham berkenaan.

Teh Weng Kuang, 43, dituduh bersama-sama dua lagi pengarah syarikat terbabit, Khairul Nizamullah Halim, 30, dan Haslinda Mohamad, 32, melakukan perbuatan itu di No 5 Lorong Pantai Halban 1, Taman Desa Perdana, Jitra, pada 22 Dis 2008.

Khairul dan Haslinda telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa lepas manakala Teh didakwa hari ini berikutan beliau tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari berkenaan kerana berada di Kuala Lumpur.

Mereka yang merupakan pengarah syarikat Purata Abadi Sdn Bhd dituduh meluluskan pemindahan saham syarikat berkenaan milik Aznah Ahmad kepada Irmawaty Ahmad Rusdy yang berjumlah 1.3 juta unit.

Menurut pertuduhan, kelulusan pemindahan saham berkenaan dibuat melalui satu Resolusi Edaran Pengarah pada 22 Dis 2008 tanpa kebenaran Aznah.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 132 (3) (b) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Khairul Anuar Abdul Halim mengarahkan pasport Teh ditahan dan membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 5 hingga 7 Sept ini untuk perbicraaan kes.

Tertuduh diwakili peguam Jagdeep Singh Deo. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan