Mohd Saiful Beri Keterangan Secara Tertutup Sekali Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat kali kedua, keterangan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan secara tertutup di sini hari ini.

Prosiding tertutup yang berlangsung selama 30 minit petang tadi juga atas permintaan Karpal Singh yang mewakili Anwar sewaktu pemeriksaan balas.

Sebelum ini, Karpal Singh membuat permintaan yang sama ketika Mohd Saiful disoal oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan pada pembukaan perbicaraan itu awal Februari tahun ini.

Seorang peguam lain Anwar, S.N.Nair, memberitahu wartawan bahawa prosiding secara tertutup hari ini mengambil masa 30 minit.

Selepas sesi itu, mahkamah kembali bersidang secara terbuka sebelum Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan kepada 31 Mei selepas membenarkan Karpal Singh menfailkan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal Singh berkata pihaknya akan memfailkan dua rayuan iaitu rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan Anwar untuk dibekalkan dengan kenyataan saksi oleh Mohd Saiful dan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan penangguhan prosiding perbicaraan itu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), didakwa atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. Terdahulu, semasa prosiding bersambung secara terbuka, pemeriksaan balas diteruskan dengan Mohd Saiful, yang merupakan bekas pembantu Anwar, dipanggil semula untuk mengenal pasti bekas setiausaha politik Anwar, Mohamed Ezam Mohd Noor.

Semalam, Mohd Saiful dalam keterangannya berkata beliau berjumpa dengan Mohamed Ezam pada 27 Jun 2008 untuk mengadu penganiayaan yang berlaku kepadanya.

Ketika ditanya siapa yang menasihatinya untuk membuat laporan polis, Mohd Saiful menjawab: "Atas kehendak sendiri."

Kepada soalan sama ada beliau mendapat nasihat daripada bekas ratu trek negara, Datuk Mumtaz Jaafar, beliau berkata Mumtaz tidak bersetuju dengan beliau membuat laporan polis.

Ditanya sama ada beliau ada berjumpa dengan sesiapa pada pagi 28 Jun, 2008, sebelum membuat rawatan di hospital dan juga sebelum membuat laporan polis, Mohd Saiful berkata beliau ada berjumpa pakciknya "Tuah" pada pagi itu dan seorang guru agama.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu nama penuh guru agama itu, tetapi memanggilnya "Atuk". Mohd Saiful berkata beliau ada pergi ke rumah Anwar pada 27 Jun, 2008, pukul 5 petang kerana ada perjumpaan dengan "blogger" dan "Anwar Club".

Karpal Singh kemudiannya merujuk kepada satu gambar di majlis itu di mana Mohd Saiful sedang membawa minuman di meja Anwar bersama tetamunya, dan Mohd Saiful mengesahkan gambar itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan